https://www.facebook.com/zilarusli?ref=tn_tnmn ...glowing aisya...: KEGILAAN AKU...GEMOK POWN GEMOK LA TOK.....!!!! -->

Wednesday, June 26, 2013

KEGILAAN AKU...GEMOK POWN GEMOK LA TOK.....!!!!


Photo: peveret baru ar...FRUIT TART..dapnyer...

morning...
menggile btol la ngan fruit tart niyh...baru je nk blaja wat..hmm...

korg nak resepi?
I campor2 sket resepi niyh...


RESEPI KRIM KASTARD & FRUITS TART

Bahan - bahan Untuk Kastard :
  • 1 cawan tepung kastard
  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
  • 1 camca besar marjerin@mentega

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.
  2. Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.
  3. Masukkan ke dalam piping bag. 

#Buah-buahan :
boleh ikot ape je yg korang suke asalkan sedap... - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi
Potong ikot size yg korang suke ......
 
**Sebaiknya potong buahan dahulu sebelum mengadun krim kastard kerana kastard cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan diatasnya.


 
Cara Untuk Menghias : 
  1. Picitkan adunan kastard ke atas tart crust.
  2. Susun buah-buahan pilihan.
  3. Glis buah-buahan dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.

sikit notes :
  1. Untuk adunan kastard, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.
  2. Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang.
  3. Guna susu cair ikut resepi di atas..Alhamdulillah sedap 

sumber : dapur azita zain

please comment and like banyak2 ek...mmmuahhh...!!!


carik-carik dah jumpe kan…???? ;-P

No comments:

site www.zilaaisyah.blogspot.com