https://www.facebook.com/zilarusli?ref=tn_tnmn ...glowing aisya...: kanak-kanak 4 tahun di dera hingga mati -->

Thursday, August 16, 2012

kanak-kanak 4 tahun di dera hingga mati


STOP HURTING CHILD….!!!!


IPOH: Seorang ibu tunggal menangis apabila ditahan polis di luar bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), kerana disyaki terbabit dalam kes mendera hingga mati anak perempuannya berusia empat tahun dengan memukul mangsa menggunakan batu giling.
Suspek berusia 33 tahun yang ditahan dua anggota polis didakwa turut membelasah anaknya dengan botol cili sos di rumah mereka di Kampung Tawas, di sini, hanya kerana mangsa masih tidak pandai membaca.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang kelmarin, wanita terbabit yang tidak bekerja dikatakan membawa anaknya, J Pavitra, 4, ke Klinik 1Malaysia di Tasek, di sini, selepas mendapati anaknya itu pengsan. Pada mulanya, suspek mendakwa mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri ketika bermain hingga menyebabkan luka serta lebam di seluruh tubuhnya.
Sumber polis berkata, doktor di klinik itu yang melakukan pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak perempuan itu sudah mati kira-kira jam 5.20 petang kelmarin sebelum dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk tindakan lanjut. Menurutnya, hasil bedah siasat awal dilakukan mendapati mangsa mengalami kecederaan dengan lebam teruk di kepala dan beberapa anggota tubuh dipercayai dipukul dengan objek keras.
“Berdasarkan maklumat awal, mangsa mungkin dipukul oleh teman lelaki ibu mangsa yang ditahan. Tindakan kejam itu mungkin satu bentuk hukuman kerana mangsa dikatakan gagal membaca ketika diajar.

“Ada kesan luka lama dan baru pada tubuhnya dengan kecederaan paling teruk dikesan pada kepalanya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat abang mangsa, adiknya itu pernah didera seorang kenalan lelaki ibunya menggunakan batu penggiling.
Sementara itu, nenek mangsa, L Vijaya, 50, yang ditemui berkata, suspek wanita yang juga menantunya mempunyai empat anak dan menjadi ibu tunggal selepas kematian suaminya lebih setahun lalu.
“Dia tidak bekerja dan hanya bergantung kepada wang simpanan persaraan suaminya. Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana Pavitra amat manja dan comel.
“Saya dimaklumkan, cucu saya itu mati akibat dipukul teman lelaki menantu saya sendiri. Saya amat terkilan dan sedih,” katanya ketika menuntut mayat cucunya di hospital tengah hari semalam.
Menurutnya, sebelum ini ada dikalangan ahli keluarganya pernah melihat tindakan kasar lelaki terbabit yang memukul cucunya itu, namun tiada siapa yang berani campur tangan.
Sementara itu, suspek wanita yang ditahan dan diiringi polis di perkarangan bilik mayat HRPB hanya menangis teresak-esak serta mempersoalkan tindakan pihak polis menahannya.
Dia berulang kali meminta urusan pengebumian anaknya itu diserahkan kepadanya dan tidak diberikan kepada individu lain. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut masih diteruskan.


please comment and like banyak2 ek...mmmuahhh...!!!


carik-carik dah jumpe kan…???? ;-P

No comments:

site www.zilaaisyah.blogspot.com